Tuesday, November 30, 2010

Buat Duit Dengan Google Adsense


  Selain daripada Yahoo Publisher Network ,

  Google Adsense, Merupakan 1 lagi program Affiliate yang sangat membantu para pelayar internet  memaksimakan lagi pendapatan melalui internet sahaja. Ramai entrepreneur / usahawan internet yang yang melibatkan diri dengan program ini kerana pulangan bayaran komisyen yang lumayan di tawarkan Google. Ianya juga terbuka kepada semua tanpa mengira latar belakang, cuma memerlukan website atau blog sendiri sebagai potensi penghasilan pendapatannya. Ya, ianya sangat berkesan dan praktikal bagi sesiapa yang ingin berpendapatan walau hanya dari Blog / Website sahaja. Kenyataan ini telah terbukti di seluruh pelusuk dunia tanpa mengira latar belakang, Antaranya adalah adik Ashley Qualls yang di beritakan Yahoo meraih pendapatan dari Google Adsense sebesar $70,000/sebulan dengan mengiklankan Google Adsense di WhatEverLife.com miliknya tersebut ( Bukan RM ya ).

  Terus kepada bagaimana anda di bayar oleh Google. Seperti yang semua maklum, Google juga meraih Jutaan Ribu pendapatan sebulan melalui upah yang di bayar kepada Google.com oleh pengiklan / advertiser dari seluruh dunia untuk perkhidmatan Mengiklankan Produk atau Servis-servis mereka dari Program pengiklanan Google Asense yang meluas ini. Oleh itu, dengan menyertai dan mempraktikkan Program Pengiklanan Google Adsense ini, anda akan di bayar dengan jumlah yang agak lumayan dari sumber tersebut mahupun hanya dengan kllik pelawat anda ke atas iklan yang anda pasangkan di laman anda. Disini, percuma disediakan antara keyword-keyword dan bayaran Google.com Per Klik terhadap iklan yang anda paparkan dilaman anda. >boleh klik senarai keywords ini<  .

Perlu diketahui juga, Ada 2 jenis kategori iklan yang mungkin akan terpapar pada iklan yang anda pasang.

  1. Jenis pertama iklan anda memaparkan "Iklan Layanan Masyarakat Oleh Google". Jika demikian, anda tidak menerima sebarang bayaran Google setiap klik pelawat terhadap iklan tersebut.
  2. Jenis Kedua Iklan anda memaparkan Iklan yang bertajuk "Ads by Google". Jika iklan inilah yang dipaparkan dan kemudiannya di klik pelawat-pelawat, bayaran akan diberikan Google.corperation mengikut Keywords nya. 
  Oleh yang demikian, pastinya anda memilih Iklan jenis ke-2 bukan? .Ya, iklan jenis ke-2 tersebutlah yang banyak menghasilkan Usahawan / Entrepreneur berpendapatan dengan Google Adsense. Ingin saya tegaskan, setiap penulisan atau post Blog / website anda adalah berpengaruh besar dalam memaparkan jenis-jenis iklan tersebut. Iklan Jenis ke-2 ini akan terpapar mengikut perkataan penulisan Blog / web anda. Contohnya anda menulis tentang Kasut, Mungkin ruagan iklan anda tersebut akan mengiklankan Sebuah laman web promosi kasut-kasut Nike, Adidas dan sewaktu dengannya. Baiklah, jika anda telah faham tentang isu-isu tersebut, perlu anda ketahui bahawa iklan jenis ke-2 tersebut lebih berpotensi sekiranya penulisan / post anda banyak dalam bahasa English, Spanyol, Prancis,Itali dan banyak lagi yang pastinya tidak lebih berpotensi terhadap bahasa Melayu ( kerana kebanyakan pengiklan / advertiser berbayar dengan Google dari negara-negara tersebut, di  Malaysia agak kurang sedikit ).Dalam perkara ini lah selalu menjadi masalah pada Newbie dan lain-lain ( termasuk saya.hehe ). Jika anda fasih berbahasa English, itu satu kelebihan. Namun jika anda kurang kefasihan seperti saya, itu adalah satu dugaan besar menulis post berbahasa English. Jesteru itu, saya menyarankan anda menggunakan laman Online bermanfaat seperti citcat.com
, wikipedia.org dan banyak lagi sebagai translate.

  Nasihat saya,Sebaiknya anda bijak dan tidak bertindak cuba meng-ali baba / menipu pihak Google Corperation dengan meng-klik sendiri iklan-iklan tersebut, memodifikasi iklan, dan pelbagai lagi syarat yang ditetapkan Google. Ini kerana, mereka lagi bijak dan berpengalaman terhadap sistem ciptaan mereka. Kegiatan demikian besar kemungkinan akan mengakibatkan Akaun / pendapatan di blok, dan sewaktu dengannya.

  Demikian dahulu pembentangan Ringkas saya tentang Google Adsense yang sememangnya luas tapi lumayan :-) . Dengan izinnya, saya akan menambah entry di ruangan ini kelak. Agar anda tidak ketinggalan pelbagai Perkongsian, Sila daftarkan Email anda pada FeedBurner saya di atas. Privasi anda terpelihara. TQ

Cara pasang iklan Google Adsense dalam blog

Bagi sesiapa yang ada akaun google adsense disediakan panduan bagaimana untuk masukkan iklan adsense dalam blog.

Contoh iklan text Google Adsense 468px x 60px:

1. Log masuk ke Google Blogger anda melalui draft.blogger.com  .


1.1 Dalam Papan Pemuka / Dashboard pilih Layout dan kemudian pilih Page Elements dan klik Edit dalam kotak Blog Posts:

1.2 Ini adalah bahagian-bahagian Configure Inline Ads yang akan terpapar:

1.2.1 Tandakan kotak Show Ads Between Posts jika anda memilih memaparkan iklan di antara pos (jika lebih dari pos dalam satu muka).

1.2.2 Show after every 1 posts - Jika hendak Paparan iklan adsense anda selepas berapa bil pos (jika pos yang banyak dipapar dalam satu muka) tertakluk kepada tiga (3) iklan sahaja dalam satu muka.

1.2.3 Format - Pilih saiz yang bersesuaian dengan lokasi anda kehendaki, ada banyak pilihan di bawahnya klik setiap satu untuk melihat contohnya dalam kotak Preview di situ.

1.2.4 Colors - samada pilih template iklan yang disediakan dalam drop down menu atau pilih warna sendiri di bawahnya. Pilih warna dalam petak yang disediakan atau taip sendiri kod warna dalam kotak tersedia untuk Border, Background, Text, Title dan Url. Sebaiknya anda memilih Background yanga sama dengan background di mana lokasi bakal anda tempatkan iklan tersebut. Demikian juga warna-warna tulisan, biar lebih kurang / sama dengan format asal blog anda, agar orang tidak menyangka ianya iklan dan lalu ter-kllik iklan anda kerana bertanggapan 'tajuk iklan' itu pautan info anda.

1.2.5 Preview - memaparkan contoh kepada pilihan yang anda buat dalam seksyen Format di atas.

1.2.6 Advance - Switch to a different publisher ID - pilihan untuk tukar kepada akaun adsense yang lain.

1.2.6 Save terlebih dahulu kerja anda tersebut.


5 Cara Buat Duit Dengan Blog
Blog sudah menjadi popular hari ini dan barangkali ramai pengguna internet sudah mempunyai blog untuk tujuan tersendiri. Sesetengah daripadanya buat blog sekadar suka-suka , then ada juga yang serius bisnes malah mahu cari duit poket lebih. Ramai newbie bertanya adakah betul boleh buat duit dgn blog ? Actually dunia bisnes sudah berubah sejak kewujudan internet. Bagi saya bisnes kini bukan lagi dilakukan secara konvensional di realiti sahaja malah boleh buat secara online dan lebih 'bebas' ataupun lebih memudahkan jika kena caranya. Mungkin di sini saya boleh share beberapa idea buat duit dengan blog yang selama ini telah ramai orang buat dan berjaya :
1.      Jika tidak keberatan anda boleh menulis review / pandangan mengenai product, services atau lain-lain opportunities mengikut keperluan pihak PayPerPost.Com yang mana mereka akan membayar setiap review atau posting yang telah buat di blog anda. Boleh juga jadi publisher bagi Click2sell , LinkWorth maupun social network yang muncul sebagai pesaing baru Facebook iaitu PeopleString Network yang akan memberi kita komisen dengan setiap referal.
2.      Cara lain yang juga dapat mendatangkan duit yg banyak melalui blog ialah dengan Google Adsense . Ramai di antara rakan-rakan saya di Malaysia mahupun seluruh dunia telah berjaya generate income dengan Adsense ini. Paling mudah untuk dapatkan akaun Google Adsense ini ialah create blog di www.blogger.com dan mempunyai niche yang tersendiri dalam bahasa Inggeris. Dengan setiap klik daripada pengunjung blog anda di banner adsense akan memberi pulangan yang menguntungkan. Yang pastinya anda kene jujur buat adsense ini, jgn terlalu 'pandai' buat click fraud kerana google lebih bijak tentang sistemnya berbanding anda.
3.      Buat affiliate program bagi menjana income tambahan. Ia cukup mudah kerana affiliate program anda cuma mempromosikan link produk/servis vendor yang telah mereka sediakan. Tentang soal proses pembelian, penghantaran dan lain-lain isu tidak perlu risau kerana ia adalah kerja vendor/penyedia affiliate program. Kita cuma pastikan link affiliate itu dipromosi sehabis baik untuk mendapatkan komisyen yang ditawarkan. Contoh program affiliate yang menarik seperti Klikjer.Com , MasKahwin.Com , IdeaBisnesLuarBiasa dan banyak lagi.
4.      Jual iklan banner atau text link di blog anda. Sekiranya web anda mempunyai hits atau traffic tinggi bolehlah ambil peluang untuk menjual ruang iklan di tepi atau memana bahagian blog anda. Mungkin jual link atau iklan untuk disewa selama seminggu, bulanan mahupun tahunan. Bergantung kepada kapasiti traffik anda, lagi banyak hits lagi tinggilah harga banner iklan anda. Contoh paling mudah ialah sepertimana iklan di web utusan.com.my atau bharian.com.my yang sememangnya harga dia cukup tinggi berdasarkan hits traffik yang banyak setiap hari. 
5.      Jual produk sendiri.. cara ini mungkin boleh direalisasikan sekiranya anda ada produk atau servis sendiri. Misalnya anda jual buku novel second hand dengan membuat beberapa sinopsis dan review novel yang anda telah baca serta menjualnya dengan separuh harga daripada harga asal ataupun mengikut pertimbangan yang lebih sesuai. Apa jua produk mahupun servis boleh dijual melalui blog mengikut kategori tertentu. Ia terpulang kepada daya kreativiti anda.
Tips-tips di atas dapat memberi panduan ringkas kepada mereka yang mahu buat duit dengan blog lebih mudah. Sememangnya kalo nak wat duit kenelah usaha yang dahsyat dan tidak malas belajar perkara baru. Terdapat pelbagai cara buat duit dengan blog asalkan kita teruskan belajar dan explore peluang-peluang di internet dengan lebih mendalam... All da best and good luck..

Langkah-langkah memulakan bisnes internet


1. Email
a) Buka akaun Email sekurang-kurangnya 3 akaun ( Jangan Campur aduk-kan )
  • Email di gunakan sebagai banyak pengesahan untuk melibatkan diri dengan pelbagai program-program Affiliate yang melibatkan pendapatan yang berpotensi di alam internet ini. Jesteru itu, buka 1 akaun yang hanya dikhaskan untuk perkara / program melibatkan pendapatan sahaja. 
  • Sudah tentu anda juga tidak terlepas dari berhubung terus kepada rakan-rakan siber, keluarga, dan kenalan sosial melalui melaui Email. Kerana ianya Mudah, Percuma dan pelbagai kelebihan lagi. Oleh yang demikian, buka 1 lagi akaun Email untuk kegunaan peribadi sahaja.
  • Untuk menyertai program sosial seperti Facebook.com, Friendster.com, Tagged.com,Twitter.com dan lain nya adalah wajib adalah wajib menggunakan Email untuk pendaftaran, Keselamatan dan berita-berita penglibatan anda. Jika anda berminat dengan program-program demikian untuk tujuan tertentu, adalah lebih baik anda khas kan 1 Email untuk program sosial sebegini.
  Ini bertujuan agar apa jua yang anda lakukan di alam internet ini, terlaksana dengan kemas. Berdaftar dengan Facebook.com misalnya, inbox mail yang anda daftarkan boleh penuh dalam tempoh singkat dengan berita Facebook yang terus ke Email Anda.Jika anda terlibat dengan Program Affiliate Misalnya, besar kemungkinan Email yang telah di daftarkan akan sarat dengan laporan-laporan berkala Program tersebut. Lain halnya dengan kegunaan email anda bersama Rakan dan keluarga lagi. Ini akan menyerabutkan dan membuat anda terpadam Info-info yang penting seperti Password, pengesahan dan sebagainya yang mungkin juga melibatkan pendapatan.

Langkah awal, Buatlah akaun email sekarang. Ianya percuma dan manfaatkan dengan kemas.

Google mail
Yahoo Mail
Hotmail
 

2. Buat laman Webs / Blog sendiri ( cuba yang percuma dahulu ) seperti
3. Daftarkan diri di PayPal.com. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Paypal, sila klik [link] ini

4. Libatkan diri dengan affiliate / refferal terlibih dahulu dan tetapkan pula matlamat  masa hadapan.

5. Belajar dan cungkil pelbagai cara dan teknik buat duit dengan blog percuma dahulu sebelum membeli atau menyewa domain / hosting sendiri. Ini akan membantu anda memahami teknikal dan asas-asas menjadi marketer di internet sebelum melangkah jauh membuat keputusan membeli atau menyewa domain dan hosting. Bagaimana buat duit dengan blog ? klik [link] ini.

   Apa yang penting dan mendukung segala langkah anda adalah matlamat. Pastikan dahulu anda ada 1 matlamat yang nyata sebelum melakukan seuatu yang juga anda pasti mampu di laksanakan.


P/S : Jika anda berniat menggunakan akaun blogger, mungkin anda boleh gunakan perkhidmatan percuma panduan membina Blog yang di sediakan oleh sahabat-sahabat ini : faezblogger.blogspot.com dan panduanpemblog.blogspot.com yang sememangnya berpotensi di jadikan rujukan dalam membina blog. Dan jika anda perlukan panduan membuat duit dengan internet / blog  pula sila lah ke sms-pukal.blogspot.com ini semula :-) . Semuanya percuma bukan ? :-) So..kerana semuanya percuma dan lengkap, tiada sebab anda patut memilih ketinggalan mempunyai blog sendiri dan pendapatan melalui internet hanya dengan Online sahaja.


Sekiranya Anda perlu tahu lebih banyak tentang agenda-agenda teknik / cara menjana atau buat duit internet terus dari sms-pukal.blogspot.com ke Email anda, Anda di alukan berdaftar email melalui FeedBurner di atas