Tuesday, November 30, 2010

Langkah-langkah memulakan bisnes internet


1. Email
a) Buka akaun Email sekurang-kurangnya 3 akaun ( Jangan Campur aduk-kan )
  • Email di gunakan sebagai banyak pengesahan untuk melibatkan diri dengan pelbagai program-program Affiliate yang melibatkan pendapatan yang berpotensi di alam internet ini. Jesteru itu, buka 1 akaun yang hanya dikhaskan untuk perkara / program melibatkan pendapatan sahaja. 
  • Sudah tentu anda juga tidak terlepas dari berhubung terus kepada rakan-rakan siber, keluarga, dan kenalan sosial melalui melaui Email. Kerana ianya Mudah, Percuma dan pelbagai kelebihan lagi. Oleh yang demikian, buka 1 lagi akaun Email untuk kegunaan peribadi sahaja.
  • Untuk menyertai program sosial seperti Facebook.com, Friendster.com, Tagged.com,Twitter.com dan lain nya adalah wajib adalah wajib menggunakan Email untuk pendaftaran, Keselamatan dan berita-berita penglibatan anda. Jika anda berminat dengan program-program demikian untuk tujuan tertentu, adalah lebih baik anda khas kan 1 Email untuk program sosial sebegini.
  Ini bertujuan agar apa jua yang anda lakukan di alam internet ini, terlaksana dengan kemas. Berdaftar dengan Facebook.com misalnya, inbox mail yang anda daftarkan boleh penuh dalam tempoh singkat dengan berita Facebook yang terus ke Email Anda.Jika anda terlibat dengan Program Affiliate Misalnya, besar kemungkinan Email yang telah di daftarkan akan sarat dengan laporan-laporan berkala Program tersebut. Lain halnya dengan kegunaan email anda bersama Rakan dan keluarga lagi. Ini akan menyerabutkan dan membuat anda terpadam Info-info yang penting seperti Password, pengesahan dan sebagainya yang mungkin juga melibatkan pendapatan.

Langkah awal, Buatlah akaun email sekarang. Ianya percuma dan manfaatkan dengan kemas.

Google mail
Yahoo Mail
Hotmail
 

2. Buat laman Webs / Blog sendiri ( cuba yang percuma dahulu ) seperti
3. Daftarkan diri di PayPal.com. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Paypal, sila klik [link] ini

4. Libatkan diri dengan affiliate / refferal terlibih dahulu dan tetapkan pula matlamat  masa hadapan.

5. Belajar dan cungkil pelbagai cara dan teknik buat duit dengan blog percuma dahulu sebelum membeli atau menyewa domain / hosting sendiri. Ini akan membantu anda memahami teknikal dan asas-asas menjadi marketer di internet sebelum melangkah jauh membuat keputusan membeli atau menyewa domain dan hosting. Bagaimana buat duit dengan blog ? klik [link] ini.

   Apa yang penting dan mendukung segala langkah anda adalah matlamat. Pastikan dahulu anda ada 1 matlamat yang nyata sebelum melakukan seuatu yang juga anda pasti mampu di laksanakan.


P/S : Jika anda berniat menggunakan akaun blogger, mungkin anda boleh gunakan perkhidmatan percuma panduan membina Blog yang di sediakan oleh sahabat-sahabat ini : faezblogger.blogspot.com dan panduanpemblog.blogspot.com yang sememangnya berpotensi di jadikan rujukan dalam membina blog. Dan jika anda perlukan panduan membuat duit dengan internet / blog  pula sila lah ke sms-pukal.blogspot.com ini semula :-) . Semuanya percuma bukan ? :-) So..kerana semuanya percuma dan lengkap, tiada sebab anda patut memilih ketinggalan mempunyai blog sendiri dan pendapatan melalui internet hanya dengan Online sahaja.


Sekiranya Anda perlu tahu lebih banyak tentang agenda-agenda teknik / cara menjana atau buat duit internet terus dari sms-pukal.blogspot.com ke Email anda, Anda di alukan berdaftar email melalui FeedBurner di atas

No comments:

Post a Comment