Friday, February 3, 2012

Panduan Perniagaan Internet.




Ok hari ini saya nak bincang kan sikit cara bagaimana nk mulakan Perniaagaan Internet anda sendiri. Aspek yg berkaitan adalah Niche.
1st skali, berkaitan niche. Apa Niche ni bang? haa.. sy crita sikit. sesimple yg boleh. Sy tak nak tulis berjela arini. hehe..
Apa Itu Niche?

Niche ni bermaksud satu pasaran atau target tertentu di dalam sesebuah komuniti di mana terdapat golongan2 yg berkongsi minat, hobi dan pendapat yg sama.
Ia merujuk kepada sesebuah topik atau subjek tertentu.  Contoh-contoh niche macam sukan, hiburan, kesihatan, kewangan(bisnes) dan banyak lagi. Itu antara yg popular dan banyak lagi..
Atau nak lebih tepat lagi niche ni adalah satu pengkhususan dalam satu bidang. Katakan anda minat dalam sukan contohnya, anda boleh bangunkan laman web khusus untuk sukan. Kalau minat dalam pembangunan laman web atau minisite, buatlah laman web berkaitan web design dan sebagainya.. dgr mcm mudah bukan.. tapi ada satu aspek lagi yg perlu di ambil kira, iaitu dari segi “keuntungan”. yeh.. pilih niche niche yg boleh menguntungkan!
“Saya tak Faham, macam mana nak cari niche yg boleh menguntungkan”
ok.. ni perkara terpenting dalam memilih sesebuah niche, kita kena kaji dulu permintaan terhadap niche tersebut. kenalpasti permintaan dan persaingan sesuatu niche.
Target Niche Anda

Apakah target niche anda? Pengguna Internet kini semakin ramai, agak mustahil untuk kita targetkan kepada semua pengguna internet. Nasihat sy, cuba kita kecilkan sedikit target niche kita supaya usaha promotion anda tidak sia-sia. Sebagai contoh, anda minat memancing, oleh itu skop target niche anda perlulah tertumpu kepada golongan yang minat memancing sahaja.
Adalah sangat2 tidak sesuai sekiranya anda promosikan “memancing” kepada orang yg minat “menjahit”. :) Anda perlu fokus kepada satu2 niche anda dahulu sebelum beralih ke bidang lain.. ingat. FOKUS!
Siapa Edmund Loh?

Beliau merupakan salah seorang IM terkenal dan apa yang beliau lakukan, beliau hanya menumpukan produk tentang Resell Rights(RR), Master Resell Rights(MRR) dan Private Label Rights(PLR). Lihat beliau mempunyai niche yang tersendiri :) Apa itu RR, MRR dan PLR? nantikan post sy… :)
Kesimpulan

1. Pilih niche yang terbaik sebelum memulakan perniagaan anda
2. Kaji setiap permintaan dan keuntungan
3. Tetapkan skop target market anda
4. Fokus

No comments:

Post a Comment