Saturday, December 25, 2010

5 Cara Buat Duit Dengan Blog

 
Blog sudah menjadi popular hari ini dan barangkali ramai pengguna internet sudah mempunyai blog untuk tujuan tersendiri. Sesetengah daripadanya buat blog sekadar suka-suka , then ada juga yang serius bisnes malah mahu cari duit poket lebih. Ramai newbie bertanya adakah betul boleh buat duit dgn blog ? Actually dunia bisnes sudah berubah sejak kewujudan internet. Bagi saya bisnes kini bukan lagi dilakukan secara konvensional di realiti sahaja malah boleh buat secara online dan lebih 'bebas' ataupun lebih memudahkan jika kena caranya. Mungkin di sini saya boleh share beberapa idea buat duit dengan blog yang selama ini telah ramai orang buat dan berjaya :
1. Jika tidak keberatan anda boleh menulis review / pandangan mengenai product, services atau lain-lain opportunities mengikut keperluan pihak PayPerPost.Com yang mana mereka akan membayar setiap review atau posting yang telah buat di blog anda. Boleh juga jadi publisher bagi Click2sell , LinkWorth maupun social network yang muncul sebagai pesaing baru Facebook iaitu PeopleString Network yang akan memberi kita komisen dengan setiap referal.
2. Cara lain yang juga dapat mendatangkan duit yg banyak melalui blog ialah dengan Google Adsense . Ramai di antara rakan-rakan saya di Malaysia mahupun seluruh dunia telah berjaya generate income dengan Adsense ini. Paling mudah untuk dapatkan akaun Google Adsense ini ialah create blog di www.blogger.com dan mempunyai niche yang tersendiri dalam bahasa Inggeris. Dengan setiap klik daripada pengunjung blog anda di banner adsense akan memberi pulangan yang menguntungkan. Yang pastinya anda kene jujur buat adsense ini, jgn terlalu 'pandai' buat click fraud kerana google lebih bijak tentang sistemnya berbanding anda.
3. Buat affiliate program bagi menjana income tambahan. Ia cukup mudah kerana affiliate program anda cuma mempromosikan link produk/servis vendor yang telah mereka sediakan. Tentang soal proses pembelian, penghantaran dan lain-lain isu tidak perlu risau kerana ia adalah kerja vendor/penyedia affiliate program. Kita cuma pastikan link affiliate itu dipromosi sehabis baik untuk mendapatkan komisyen yang ditawarkan. Contoh program affiliate yang menarik seperti Klikjer.Com , MasKahwin.Com , IdeaBisnesLuarBiasa dan banyak lagi.
4. Jual iklan banner atau text link di blog anda. Sekiranya web anda mempunyai hits atau traffic tinggi bolehlah ambil peluang untuk menjual ruang iklan di tepi atau memana bahagian blog anda. Mungkin jual link atau iklan untuk disewa selama seminggu, bulanan mahupun tahunan. Bergantung kepada kapasiti traffik anda, lagi banyak hits lagi tinggilah harga banner iklan anda. Contoh paling mudah ialah sepertimana iklan di web utusan.com.my atau bharian.com.my yang sememangnya harga dia cukup tinggi berdasarkan hits traffik yang banyak setiap hari.
5. Jual produk sendiri.. cara ini mungkin boleh direalisasikan sekiranya anda ada produk atau servis sendiri. Misalnya anda jual buku novel second hand dengan membuat beberapa sinopsis dan review novel yang anda telah baca serta menjualnya dengan separuh harga daripada harga asal ataupun mengikut pertimbangan yang lebih sesuai. Apa jua produk mahupun servis boleh dijual melalui blog mengikut kategori tertentu. Ia terpulang kepada daya kreativiti anda.
Tips-tips di atas dapat memberi panduan ringkas kepada mereka yang mahu buat duit dengan blog lebih mudah. Sememangnya kalo nak wat duit kenelah usaha yang dahsyat dan tidak malas belajar perkara baru. Terdapat pelbagai cara buat duit dengan blog asalkan kita teruskan belajar dan explore peluang-peluang di internet dengan lebih mendalam... All da best and good luck..

Bagaimana menggunakan Google Adwords

 
 Disini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan dengan anda tentang google adwords. Untuk makluman anda, salah satu punca pendapatan utama google ialah melalui program adwords. Adwords merupakan servis pengiklanan yang berkonsepkan "Pay Per Click". Berlawanan dengan google adsense, Google adwords ialah dimana pihak pengiklan ataupun anda akan membayar pihak google untuk iklan/laman web anda dipaparkan pada enjin carian google. Pihak google hanya akan mengenakan bayaran sekiranya iklan/kempen anda di klik oleh pelawat. Iklan/kempen anda akan dipaparkan oleh google pada "sponsored links" iaitu pada sebelah kanan dimuka depan google bergantung kepada keyword yang anda gunakan. Selain dari itu, Iklan anda juga akan dipaparkan pada laman web atau blog lain yang telah mendaftar dengan adsense.

Kadar bayaran yang dikenakan oleh google adalah berbeza bergantung kepada keyword yang digunakan oleh anda/pengiklan. Anda tidak perlu risau tentang kadar bayaran kerana, adwords memberi anda pilihan untuk menetapkan budjet harian anda. Anda yang menentukan berapa budjet yang akan atau sanggup anda keluarkan. Contohnya, anda boleh menetapkan budjet Rm20 untuk kempen iklan tersebut dipaparkan sehari ataupun seminggu bergantung kepada anda. Jadi, pihak google hanya akan menelan duit anda setakat budjet yang anda setkan pada akaun adwords anda kelak. Anda boleh menetapkan budjet yang berbeza sekiranya iklan anda lebih dari satu. Bagi mereka yang baru atau pertama kali mendaftar dengan akaun Adwords, anda hanya akan dikenakan USD5 iaitu yuran pengaktifan (one-time activation fee).

Kelebihan pada program google adwords ini ialah anda boleh mendapatkan trafik atau pelawat dengan pantas. Anda juga boleh menentukan negara untuk iklan anda dipaparkan contoh sekiranya anda ingin mempromosikan sesuatu produk yang mempunyai permintaan yang tinggi di United States, maka anda boleh setkan pada akaun adwords anda supaya iklan tersebut hanya dipaparkan oleh google hanya di US sahaja. Tidak seperti di organik listing dimana anda perlukan kemahiran mengenai SEO untuk mencecah page depan google malahan dan juga perlukan masa dan teknik yang betul bagi memastikan laman web anda berada pada senarai hadapan di carian google. Dengan adwords, Iklan atau laman web anda terus akan dipaparkan pada muka depan google. Harus di ingat, tidak semuanya akan dipaparkan dimuka depan google sekiranya persaingan untuk keyword yang digunakan adalah tinggi, kemungkinan juga iklan anda berada di muka 2 atau selanjutnya. Sekiranya ini berlaku, anda perlu menaikkan kadar harga bagi setiap klik untuk iklan anda tersebut.

Pihak google juga menilai iklan anda berdasarkan "quality score". Faktor utama untuk mendapatkan "quality score" yang baik ialah "click through rate" ataupun "click through ratio". "click to rate" bermaksud jumlah klik yang dilakukan oleh pelawat untuk setiap jumlah paparan (page impressions) bagi iklan tersebut. Contohnya, iklan anda dipaparkan 1000 kali dan menerima 200 klik dari pelawat maka nilai "click through rate" adalah 20%. Click through rate yang tinggi akan memberi kelebihan kepada iklan anda dari segi kedudukan dan harga. Landing page anda juga harus relevan dengan iklan anda. Google akan menyukai iklan anda sekiranya ianya mempunyai landing page yang relevan. Sekiranya semua faktor yang disebutkan tadi diambil kira dengan baik, "quality score" untuk iklan anda akan meningkat dan kos untuk iklan anda akan menurun.

Program google adwords adalah salah satu alternatif untuk mendapatkan trafik dengan pantas ke blog atau laman web anda. Ianya merupakan salah satu kaedah bagi meningkatkan jualan affiliate bagi sesuatu produk yang ingin anda promosikan. Ramai yang berjaya melakukan jualan dengan kaedah adwords ini. Oleh kerana ianya melibatkan modal saya nasihatkan anda supaya melakukannya dengan budjet yang rendah dahulu. Sekiranya hasil amat memberansangkan anda bolehlah menaikkan budjet anda kelak. Untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai Google Adwords ini anda bolehlah ke laman Adwords Beginner's Guide yang disediakan oleh pihak google.

No Overnight Success + Iklan Berkesan + Pemasaran + Promosi + Be Yourself

 
Kali ni, saya nak menulis beberapa perkara serentak dan penulisan ini tidak ditujukan kepada sesiapapun, ini adalah sesuatu yang umum. Jika anda terasa, maafkan saya. Diharapkan anda dapat menghayati apa yang saya ingin ‘bebel’kan pada kali ini.

Teruskan membaca….

1. No overnight success

Saya tak tahulah kalau diterjemahkan ke dalam BM, apa maksud dia, tapi bagi saya, pepatah ni lebih kurang maksudnya dengan “tiada kejayaan dalam masa yang singkat”. Jika anda usahawan sejati, pemikiran atau matlamat yang besar untuk masa masa yang singkat SEPATUTNYA dijauhi. Anda tidak digalakkan menetapkan goal atau matlamat yang terlalu besar atau tidak realistik dalam masa yang singat ATAU anda tidak boleh mengharap matlamat anda itu benar-benar tercapai. Jika tidak tercapai, harapan tinggi menggunung itu pasti akan mengecewakan anda jika anda seorang yang lemah jiwanya dan tidak pandai mengawal masalah dan ujian.

Maka, jika anda ingin menjadi yang berjaya, perbaiki kesalahan yang ada, jika jualan tiada langsung, baiki dan baiki. Usah dicari salah orang, tapi carilah di mana ruang kelemahan yang menyebabkan jualan produk kita tidak laku. Jika anda mencari salah orang, mata anda akan tertutup kepada kesalahan diri sendiri. Percayalah, jika anda memberi alasan kegagalan anda di peringkat awal adalah kerana orang lain, anda telah silap besar dan itu bukanlah ciri usahawan yang sejati!

Jika anda mengatakan adanya overnight success, dan ia betul-betul ada, maka ketahuilah, pepatah ini besar ruang lingkup maksudnya..

Iklan Berkesan

Jika produk kita mengenai “cara menjaga anak kucing”, AMAT TIDAK SESUAI kita mengiklan di mana-mana laman web mengenai komputer atau di laman web pengaturcaraan komputer atau di laman web pertanian. Inilah KESALAHAN BESAR dan MEMBAZIR.. Anda laburkan sejumlah wang dengan harapan trafik yang besar dan tinggi di laman web yang anda mengiklan itu dapat ‘mengumpan’ pelawat menjadi pelanggan anda. Ketahuilah, pengiklanan sebegini adalah MEMBAZIR. Jika anda tidak setuju, teruskan, tiada siapa yang boleh memaksa.

Anda perlu tahu, yang datang ke laman web komputer adalah mencari maklumat mengenai komputer, BUKAN mencari maklumat pasal anak kucing! Mereka adalah un-targeted visitor atau prospek yang kurang sesuai untuk produk anda! Ya, anda telah membazir masa melakukan sesuatu yang tidak memberikan hasil yang memuaskan. Jadi, anda perlu mengiklan atau melakukan marketing di ruang forum atau laman web atau blog, yang isinya berkisar mengenai anak kucing!

‘Rahsia’ Saya:

Inilah yang saya ingin bongkarkan sedikit. Jika anda perhatikan post atau tulisan saya di wangcyber, saya tidak banyak bertanya. Tetapi saya banyak membantu orang lain menjawab persoalan. Saya bina kredibiliti di situ di samping menulis di blog ini. Inilah ‘rahsia’ terbesar saya.. Saya ambil masa lebih kurang 6 bulan untuk dikenali melalui forum tersebut.. Jika anda baru menyertai sesuatu forum tidak sampai seminggu tetapi sudah mahu dianggap pro dan expert, anda akan kecewa! Lainlah jika anda sudah berjaya orangnya, maka anda mudah membina kredibiliti di sesuatu forum. Apa yang saya katakan ini adalah, anda sebagai orang baru, seorang usahawan internet yang baru ingin bermula, maka berpada-padalah dengan harapan yang tidak tinggi menggunung..

Jadi, kekuatan utama saya selama ini adalah salah satunya FORUM WANGCYBER. Maka, jika anda ada produk ebook “cara memelihara anak kucing”, anda perlu berforum dan membina kredibiliti di forum mengenai kehaiwanan atau binatang peliharaan, bukan di forum komputer.. Dan dan dan…….. Anda perlu mengambil masa untuk meyakinkan orang bahawa anda tahu banyak dan seterusnya ‘diangkat’ sebagai orang yang tahu banyak dan expert mengenai penjagaan anak kucing. :) Sekali lagi, “no overnight success”!

Pemasaran

Jika seseorang mengajar anda itu dan ini, dan anda buat teknik yang diajar, tetapi it’s not works, siapa yang patut disalahkan? Yang mengajar itu tadi? Adakah anda pasti? Hmm, anda juga telah silap besar! Ketahuilah saudara dan saudari, kebanyakan teknik dalam bisnes adalah TRIAL & ERROR! Ia berkesan untuk seseorang, tetapi mungkin tidak berkesan untuk anda! Inilah yang kebanyakan usahawan internet nyatakan, “test that method for yourself and if it works, use it, although the others say its not work..”. Jika anda ingin tahu, tahulah bahawa, dalam dunia perniagaan, kita perlu banyak melakukan testing dan testing sehingga berjaya untuk satu-satu kaedah.. Sekali lagi, “no overnight success”!!

Promosi

Apa beza promosi dan pemasaran?? Sekali pandang tiada bezanya, tapi ada juga bezanya. Namun, tujuannya sama untuk mendapatkan bakal prospek atau pelawat atau trafik ke laman web jualan kita. Promosi lebih kepada mendapatkan visitor dengan cara direct seperti pengiklanan banner, manakala pemasaran ia lebih subjektif seperti melakukan Joint Venture (JV) dengan sesuatu pihak lain.

Untuk berjaya di dalam perniagaan internet dan jualan produk anda, promosi dan pemasaran perlu dilakukan terus menerus, bukan untuk seminggu, bukan untuk 5 hari, atau bukan untuk tempoh masa tertentu. Anda mesti melakukannya terus-menerus sehinggalah anda tidak mahu lagi menjual produk tersebut, maka anda boleh menghentikan aktiviti pemasaran.

Be Yourself!

Anda adalah anda. Seperti yang saya katakan, jika sesuatu teknik itu sesuai untuk orang lain, mungkin ia tidak sesuai dan tak menjadi untuk anda. Macam mana nak tahu sesuai (working) atau tidak?? Ya, testing and testing, trial & error! Sudah pasti bukan dalam masa seminggu, tapi dalam masa yang tertentu. Sekali lagi, “no overnight success”!!

Saya adalah saya, anda adalah anda. Apa yang saya tulis, apa yang saya cakap, mungkin semuanya sesuai untuk saya, TAPI mungkin hanya sebahagian sahaja sesuai untuk anda.

Akhir kata, anda perlu menjadi diri sendiri. Jadilah usahawan yang cerah akalnya, tidak mencari salah orang lain, jangan cepat nak berjaya, tidak cepat buntu, tidak cepat gelisah, dan nampak masalah sebagai PELUANG… bersabarlah… Kebanyakan usahawan internet baru mengambil paling kurang 3 bulan untuk berjaya. Bukan saya main redah cakap, tapi saya banyak baca kisah-kisah mereka! Saya pula, mengambil masa satu tahun untuk benar-benar buat income. Dan mengambil masa 4 tahun mengkaji bidang ini dan melalui 1001 halangan dan ujian… Dr Irfan gagal di tahun pertamanya. Shuth wangcyber mengambil masa 6 bulan untuk mengkaji bidang ini.. Anda pula bagaimana? Nak berjaya dalam masa 5 hari?

Tepuk dada, tanyalah iman. Be yourself..

Wassalam & good luck!

PS. Saya adalah saya, anda adalah anda. :)

PPS. I’m not the expert, but some of the methods are suitables for me, but not for you, maybe… ;) –> Biarlah salah grammar, janji ada usaha nak menulis dalam bi, hehe..

PPPS. Anda mesti membaca satu ebook atau sekurangnya artikel mengenai “Fail Fast As Possible..”. Nak tahu apa tu? Cari di google.. :)

Tips sebelum menjalankan Perniagaan Internet

004_21
Jam 3.30 pagi, Tiba-tiba terasa nak meng'post pulak dalam blog ni.. "mm.. Sangat susah la, tak nak teruskan, Macam mana nak mulakan Perniagaan Internet ni?".. kerap kali juga dengar mereka-mereka cakap macam tu.Baiklah, hari ni saya cuba berkongsi sesuatu supaya anda dapat tips2 yang berguna. Tanya diri sendiri kenapa? bagaimana?  Apa? dan bila  anda mahu mulakan Perniagaan Internet anda sendiri.
Tip mudah yang pertama:
Anda perlu tahu tujuan anda mulakan Ebiz ni. kenapa anda mahu menjalankan Perniagaan Internet? Sahabat, tanya diri anda kenapa anda mahu mulakan perniagaan online anda sendiri? kalau keran hanya mahu mencuba, di sini saya nasihatkan lebih baik anda lupakan sahaja hasrat murni anda tersebut. Apa yang sy nak tekankan di sini sekiranya kita hanya mahu mencuba amatlah sia-sia sahaja . Sudah ramai yang masih gagal kerana tidak tahu tujuan asal mereka melakukan perniagaan online. mereka hanya mencuba tanpa berusaha bersungguh-sungguh. Memang benar, dalam perniagaan online kita tidak perlu risau tentang masa.  Hanya duduk depan PC, laptop dan Iphone (eh boleh ke?) 2 atau 3 jam sehari. Bukan seperti bekerja 8 jam sehari. Itu belum memadai tanpa usaha yang gigih.
Pastikan anda mempunyai sebab yang kukuh untuk ber E-biz. Pasangkan azam dan semangat yg semaksima kuat. Jangan mudah terikut-ikut dan hanyut dengan janji-janji manis. Insyaallah akan berjaya.
Tip mudah yang kedua:
Bagaimana nak mulakan Perniagaan Internet? sekiranya anda masih baru dan tidak paham lagi konsep Perniagaan Internet sebenar, sy sarankan belajar.. belajar dan belajarlah sehingga anda mampu buat duit dari internet... bak kata pepatah "tuntut lah ilmu sampai ke negeri China" walhal bkn China je boleh, Biz itu global. Di mana-mana sahaja pun boleh asalkan ada azam dan kesungguhan yg 'SUPEERB'.
Ramai otai-otai IM yg sudi membantu anda. Panduan-panduan berbisnes. pilih sahaja yg berkualiti dan dirasakan bagus . Just take it or leave it.. hehe.. Amatlah sukar memulakan sesuatu yg baru tanpa tnjuk ajar dr orang2 yg berpengalaman. Sy faham kerana sy juga begitu ketika dahulu.
Tip mudah yang ketiga:
Baca betul-betul dan fahamkan. Take note dan praktikkan nanti ye.. Tanya diri anda.. "Hey kawan bila mau mula?" soalan penting, bila anda hendak mulakan Perniagaan Internet anda? hari ini? besok? atau pun mungkin tak tahu lagi? Sahabat.. sangatlah sedih dan rugi sekiranya ada minat tetapi tak tahu untuk bermula. Fikirkanlah.. Lakukan langkah awal dan yakin akan kebolehan diri sendiri. Bacalah panduan-panduan berkenaan Perniagaan Internet, hadiri seminar (lebih baik), perbanyakkanlah ilmu, jalinkan hubungan akrab dengan orang yg berpengalaman.
Kalau semuanya ok bolehlah anda mulakan bisnes anda. Tak guna juga kalau sudah bnyak ebook yang dibaca, banyak seminar yg dihadiri tapi masih tidak mahu lagi mengambil langkah pertama.
Tip mudah yang keempat:
"Anda nak berniaga apa di internet? fizikal or digital? Nak niaga apa ye, semua dah ada orang buat" sahabat, jika itulah yg anda fikirkan bermakna samapi bila-bila pn anda masih jadi diri anda yg "zero". Kenapa sy ckp begitu? cuba bandingkan seseorang yg mempunyai ilmu dalam perniagaan internet tapi masih tak tahu berbuat apa dengan orang yg tak tahu apa-apa langsung. Sama sahaja. Dan mungkin kelebihan hanya ada pada ilmu sahaja. Jangan kerana hanya 'takut untuk bersaing secara sihat' ni anda give up. Kawan.. adatlah orang berniaga, pasti ada persaingan..
Contoh yg sy boleh bagi di sini, pernah tak anda lihat Ebook yg menceritakan mengenai Adsense? berapa ramai penulis ebook tersebut? mungkin bearatus ntah lebih... Kenapa mereka masih keluarkan Ebook dalam niche yg sama sedangkan mereka tahu sudah berlambak dah ebook sebegitu?
Jangan berniaga kalau takut persaingan!
Tak ada idea nk jual apa di Internet?
Baiklah, saya berikan beberapa contoh ringkas:
1.0) Sekiranya anda mempunyai perniagaan Offline, buatlah perniagaan anda tu secara online. Gunakan produk yang anda jual tu untuk mulakan bisnes online anda. Contohnya anda meniaga baju secara offline, apakata ubah sedikit dengan menjualnya secara online juga.  Anda tak rugi apa-apa pun. Hanya setakat keluarkan modal kecik untuk membeli Domain dan Hosting  sahaja. Pastikan anda ada asas sebelum membeli domain dan hosting, fahami faktor terbaik dalam pemilihan nama domain dan hosting supaya tidak menjadi masalah kelak.
2.0) Jual produk yg berasaskan kemahiran kita atau pun kesukaan kita. Sebagai contoh mudah di sini, anda mempunyai kemahiran mengecat rumah. Anda boleh mencipta produk pertama anda berdasarkan kemahiran mengecat rumah. Buat E-book "panduan pemilihan warna cat rumah" (contoh saja), atau pun buatkan video "cara mengecat rumah yg senang" atau "rahsia seorang tukang cat buat duit'. Macam-macam produk yg boleh anda cipta.
Dan lagi, katakan anda suka 'tidur', anda boleh hasilkan produk dari 'tidur' tu juga.. hehe.. Contoh "tips tidur dengan lena" , "101 sebab kenapa sukar tidur nyenyak" nahh.. banyak idea sebenarnye kalau anda berfikir.
Kesimpulan:
Andai kata anda mempunyai semangat yg berkobar-kobar ingin memulakan perniagaan internet, sy sgt2 tegaskan.. Pasangkan azam dan tekad yg tinggi untuk berjaya, jangan lakukan hanya sekerat jalan kerana itu terdiri daripada orang yang gagal. Mulakan langkah pertama anda belajar.. belajar.. dan belajarlah..
ok lah, panjang lebar post ni. hehe... nantikan post terkini dari sy lagi nanti.
Dapatkan Bonus Panduan Asas Buat Duit Di internet - PERCUMA
Name
Email



Panduan Asas website

images
Salam sejahtera kawan2.. hehe.. lama dah x post. sekarang agak sibuk sikit dgn projek baru. :cool: nak tgk blog pn tak ada masa daa. sedih betul.. tapi alhamdulilah, dalam masa kesibukan mcm tu sy masih dapat beri tunjuk ajar mereka-mereka yang nak belajar buat website. Minta ampun ye kalau mesej tak terbalas, panggilan tak terjawab. tak disengajakan.. :8
Dalam waktu-waktu sibuk macam tu, sy sempat juga menjalankan sedikit kajian (saja-saja) mengenai pembangunan laman web.. :)  bukan mudah untuk faham dan bukan susah untuk mencuba.. Hasil daripada kajian tu rata-rata ramai yang berminat untuk berniaga online dan ramai yang nak belajar buat web.. betul.. tahun lepas sy berjaya mengumpul list seramai 700 dalam masa 2 setengah bulan. ramai yang nak dapatkan panduan/tutorial percuma. Yelaa.. Free kn. Sape tak nk? he3.. :love:  Apa yg sy berikan adalah tutorial PERCUMA menjalankan perniagaan internet. ianya merangkumi cara-cara asas setup web sendiri menggunakan NVU, panduan penggunaan Autoresponder dan beberapa teknik promosi yang berkesan.. 8)
Bagi mereka-mereka yang berminat, sila dapatkan tutorial tersebut di sini. Mudah dan praktikel.
bercakap pasal Autoresponder, mungkin ramai yang dah tahu kebaikan dan keperluannya. bagi mereka-mereka yang tak ada modal nak bayar bulan2 perkhidmatan  Autoresponder, anda boleh cuba gunakan skrip yang boleh dipasang sendiri pada hosting anda. Tiada charge bulanan. ianya FREE Of Charge.. ;) anda boleh dapatkan maklumat di sini.
Walaubagaimana pun,  Self Host Autoresponder ini ada kelemahannya. Tapi tak salah bagi mereka-mereka yang tiada modal lagi. Apa-apa pn boleh semak sini. Kalau anda rasa-rasa anda ada modal, dan nak cuba sesuatu yg lebih baik sy sarankan anda gunakan TrafficWave. Ianya sama sahaja dengan Aweber atau pun Getresponse. Tp bg sy TrafficWave ada kelebihan tersendiri.
Atara kelebihan yang sy suka pasal TrafficWave ni:
1. Ianya lebih murah berbanding Aweber & Getresponse
2. Penggunaannya sama seperti Aweber dan Getresponse. Mudah untuk digunakan.
3. Servis pun cantek 8)
4. Dan yg paling sy suka, TrafficWave tak kenakan cas tambahan seperti Aweber apabila lebih 500 sbscriber. Harga Menten. No Added Charges :) Anda boleh check harga di sini
5. sampai satu tahap, anda dah x perlu bayar apa2.. he3 :)
haa..  Sape rase berminat boleh tgk di Tutorial WEB. jom sama-sama belajar, sama-sama tlog, sama-sama buat duit.. ;)

Bagaimana untuk Membina Satu Senarai Email Responsif yang Besar dengan Cepat!

formula-responsif
Wang BUKAN pada list !!
Terkejut? Anda rasa hairan? Biasanya anda mendengar ungkapan ‘The Money Is The List’ dan anda mungkin selalu ‘disuap’ dengan ayat-ayat yang menyatakan bahawa untuk menjana wang online anda perlu membina senarai emel (list) yang besar. Baiklah anda bakal didedahkan satu rahsia yang sebenar untuk menjana wang secara online.
Bagaimana dengan perniagaan anda sekarang? Kalau anda sudah berjaya
menjana pendapatan buat Pertama kalinya di Internet, saya ucapkan tahniah.
Kalau anda masih belum menjana apa-apa dari internet mungkin anda
masih kurang jelas dengan konsep sebenar perniagaan Online.
Jangan risau, selagi anda mampu dan mahu belajar, saya akan membantu.
Buat kali pertamanya saya bakal melancarkan Produk "Rahsia" bagaimana saya menjana
pendapatan di internet. Buat masa sekarang ianya masih dalam pra pelancaran.
Bagi yang terawal meletakkan diri sebagai sahabat yang menyertai saya, saya akan berikan
Tawaran istimewa serta beberapa Bonus Eksklusif .
Oleh itu, anda boleh layari http://www.rahsiaemail.com untuk meletakkan diri
anda sebagai orang yang terawal.
Nantikan hari pelancaran yang akan diumumkan kelak.
sekiranya anda mahu mulakan perniagaan Internet dan
masih tercari-cari tool yang terbaik, jangan lepaskan peluang keemasan ini, jangan
biarkan diri anda menyesal kerana menolak perkara baik seperti ini. Ini adalah jalan
yang nyata bakal didedahkan untuk anda
Jadi, persoalannya, apakah rahsia sebenar untuk menjana wang online? Ya, seperti yang anda dapat bayangkan : Wang berada dalam senarai emel yang RESPONSIF! atau The Money Is In A Responsive List!
untuk maklumat lanjut layari http://www.rahsiaemail.com

Apa itu Autoresponder? Ada Kepentingan atau Tidak?

email_marketing
Asssalamualaikum n salam sejahtera.
Akibat terlalu sibuk, sampai tak sempat nak post kat blog ni. Hari ni tiba2 terasa free.. hehe..
Apa Pentingnya Autoresponder?
Sedikit pengertian Autoresponder:
Autoresponder bermaksud reaksi atau balasan secara automatik melaui email yang merupakan salah satu tool dalam E-mail Marketing (pemasaran E-mail) kira macam cara kita promosikan web atau produk la. Dengan adanya autoresponder bebanan kerja kita akan berkurangan. Autoresponder sebagai setiausaha maya :) huhu..
Tak dinafikan penggunaan Autoresponder memang penting dalam dunia IM ni. Tanyalah mana2 sifu or otai2 IM. Keberkesanan Teknik Email Marketing ni sangat-sangat berbaloi. Namun begitu, masih ramai yang tak tahu. Sebagai contoh, anda pernah tak masukkan nama dan email dalam satu form (borang Opt-in) diberi E-mail balasan seperti Terima Kasih atau pun tahniah? kemudian anda akan diminta untuk lakukan pengesahan Email dan sebagainya.. Kadang-kadang anda akan diberi Email lagi pada hari berikutnya. Sebenarnya itulah tugas Autoresponder. Memberi respon dan penerangan kepada anda dalam bentuk email setelah anda "setkan" email-email follow-up. Perniagaan anda akan bergerak 24-jam sehari secara Autopilot. Disini saya tidak terangkan secara terperinci, anda boleh lihat dan belajar cara penggunaan Autoresponder secara PERCUMA di Sini
Antara Kelebihan Autoresponder:
1. Menjumatkan masa promosi.
2. Secara tak langsung meningkat kreadibiliti diri anda .
3. Boleh meningkatkan hasil jualan anda.
4. Segala urusan follow up, memberi maklumat akan menjadi mudah.
5. Membolehkan anda menghantar email ke semua pelanggan anda hanya menekan 1 butang sahaja, :D
6. Tiada berlakukanya email spamming kerana senarai email yg diterima adalah sah. bukan dicuri atau dibeli.
7. Email yg dikirim kelihatan seperti email peribadi, memanggil nama pelanggan tanpa ter'miss' atau terlupa.. 8)
8. Dan yang paling penting, anda boleh mengelakkan SPAM dan di saman.. hehe..
Sekali lagi sy ingatkan, bagi sesiap yang nak belajar cara pemasaran berkesan "email marketing" anda boleh dapatkan percuma di WEB.NiagaSendiri.Com
harap2 membantu ok.. 8) Salam....~
p.s - Kalau anda masih belum menggunakan sebarang bentuk sistem autoresponder dalam aktiviti pemasaran internet anda, maka pertimbangkan segera untuk memiliki Sistem Autoresponder. Anda PASTI tidak akan rugi memilikinya! Segera dapatkan tutorial PERCUMA di WEB.NiagaSendiri.Com