Saturday, December 25, 2010

No Overnight Success + Iklan Berkesan + Pemasaran + Promosi + Be Yourself

 
Kali ni, saya nak menulis beberapa perkara serentak dan penulisan ini tidak ditujukan kepada sesiapapun, ini adalah sesuatu yang umum. Jika anda terasa, maafkan saya. Diharapkan anda dapat menghayati apa yang saya ingin ‘bebel’kan pada kali ini.

Teruskan membaca….

1. No overnight success

Saya tak tahulah kalau diterjemahkan ke dalam BM, apa maksud dia, tapi bagi saya, pepatah ni lebih kurang maksudnya dengan “tiada kejayaan dalam masa yang singkat”. Jika anda usahawan sejati, pemikiran atau matlamat yang besar untuk masa masa yang singkat SEPATUTNYA dijauhi. Anda tidak digalakkan menetapkan goal atau matlamat yang terlalu besar atau tidak realistik dalam masa yang singat ATAU anda tidak boleh mengharap matlamat anda itu benar-benar tercapai. Jika tidak tercapai, harapan tinggi menggunung itu pasti akan mengecewakan anda jika anda seorang yang lemah jiwanya dan tidak pandai mengawal masalah dan ujian.

Maka, jika anda ingin menjadi yang berjaya, perbaiki kesalahan yang ada, jika jualan tiada langsung, baiki dan baiki. Usah dicari salah orang, tapi carilah di mana ruang kelemahan yang menyebabkan jualan produk kita tidak laku. Jika anda mencari salah orang, mata anda akan tertutup kepada kesalahan diri sendiri. Percayalah, jika anda memberi alasan kegagalan anda di peringkat awal adalah kerana orang lain, anda telah silap besar dan itu bukanlah ciri usahawan yang sejati!

Jika anda mengatakan adanya overnight success, dan ia betul-betul ada, maka ketahuilah, pepatah ini besar ruang lingkup maksudnya..

Iklan Berkesan

Jika produk kita mengenai “cara menjaga anak kucing”, AMAT TIDAK SESUAI kita mengiklan di mana-mana laman web mengenai komputer atau di laman web pengaturcaraan komputer atau di laman web pertanian. Inilah KESALAHAN BESAR dan MEMBAZIR.. Anda laburkan sejumlah wang dengan harapan trafik yang besar dan tinggi di laman web yang anda mengiklan itu dapat ‘mengumpan’ pelawat menjadi pelanggan anda. Ketahuilah, pengiklanan sebegini adalah MEMBAZIR. Jika anda tidak setuju, teruskan, tiada siapa yang boleh memaksa.

Anda perlu tahu, yang datang ke laman web komputer adalah mencari maklumat mengenai komputer, BUKAN mencari maklumat pasal anak kucing! Mereka adalah un-targeted visitor atau prospek yang kurang sesuai untuk produk anda! Ya, anda telah membazir masa melakukan sesuatu yang tidak memberikan hasil yang memuaskan. Jadi, anda perlu mengiklan atau melakukan marketing di ruang forum atau laman web atau blog, yang isinya berkisar mengenai anak kucing!

‘Rahsia’ Saya:

Inilah yang saya ingin bongkarkan sedikit. Jika anda perhatikan post atau tulisan saya di wangcyber, saya tidak banyak bertanya. Tetapi saya banyak membantu orang lain menjawab persoalan. Saya bina kredibiliti di situ di samping menulis di blog ini. Inilah ‘rahsia’ terbesar saya.. Saya ambil masa lebih kurang 6 bulan untuk dikenali melalui forum tersebut.. Jika anda baru menyertai sesuatu forum tidak sampai seminggu tetapi sudah mahu dianggap pro dan expert, anda akan kecewa! Lainlah jika anda sudah berjaya orangnya, maka anda mudah membina kredibiliti di sesuatu forum. Apa yang saya katakan ini adalah, anda sebagai orang baru, seorang usahawan internet yang baru ingin bermula, maka berpada-padalah dengan harapan yang tidak tinggi menggunung..

Jadi, kekuatan utama saya selama ini adalah salah satunya FORUM WANGCYBER. Maka, jika anda ada produk ebook “cara memelihara anak kucing”, anda perlu berforum dan membina kredibiliti di forum mengenai kehaiwanan atau binatang peliharaan, bukan di forum komputer.. Dan dan dan…….. Anda perlu mengambil masa untuk meyakinkan orang bahawa anda tahu banyak dan seterusnya ‘diangkat’ sebagai orang yang tahu banyak dan expert mengenai penjagaan anak kucing. :) Sekali lagi, “no overnight success”!

Pemasaran

Jika seseorang mengajar anda itu dan ini, dan anda buat teknik yang diajar, tetapi it’s not works, siapa yang patut disalahkan? Yang mengajar itu tadi? Adakah anda pasti? Hmm, anda juga telah silap besar! Ketahuilah saudara dan saudari, kebanyakan teknik dalam bisnes adalah TRIAL & ERROR! Ia berkesan untuk seseorang, tetapi mungkin tidak berkesan untuk anda! Inilah yang kebanyakan usahawan internet nyatakan, “test that method for yourself and if it works, use it, although the others say its not work..”. Jika anda ingin tahu, tahulah bahawa, dalam dunia perniagaan, kita perlu banyak melakukan testing dan testing sehingga berjaya untuk satu-satu kaedah.. Sekali lagi, “no overnight success”!!

Promosi

Apa beza promosi dan pemasaran?? Sekali pandang tiada bezanya, tapi ada juga bezanya. Namun, tujuannya sama untuk mendapatkan bakal prospek atau pelawat atau trafik ke laman web jualan kita. Promosi lebih kepada mendapatkan visitor dengan cara direct seperti pengiklanan banner, manakala pemasaran ia lebih subjektif seperti melakukan Joint Venture (JV) dengan sesuatu pihak lain.

Untuk berjaya di dalam perniagaan internet dan jualan produk anda, promosi dan pemasaran perlu dilakukan terus menerus, bukan untuk seminggu, bukan untuk 5 hari, atau bukan untuk tempoh masa tertentu. Anda mesti melakukannya terus-menerus sehinggalah anda tidak mahu lagi menjual produk tersebut, maka anda boleh menghentikan aktiviti pemasaran.

Be Yourself!

Anda adalah anda. Seperti yang saya katakan, jika sesuatu teknik itu sesuai untuk orang lain, mungkin ia tidak sesuai dan tak menjadi untuk anda. Macam mana nak tahu sesuai (working) atau tidak?? Ya, testing and testing, trial & error! Sudah pasti bukan dalam masa seminggu, tapi dalam masa yang tertentu. Sekali lagi, “no overnight success”!!

Saya adalah saya, anda adalah anda. Apa yang saya tulis, apa yang saya cakap, mungkin semuanya sesuai untuk saya, TAPI mungkin hanya sebahagian sahaja sesuai untuk anda.

Akhir kata, anda perlu menjadi diri sendiri. Jadilah usahawan yang cerah akalnya, tidak mencari salah orang lain, jangan cepat nak berjaya, tidak cepat buntu, tidak cepat gelisah, dan nampak masalah sebagai PELUANG… bersabarlah… Kebanyakan usahawan internet baru mengambil paling kurang 3 bulan untuk berjaya. Bukan saya main redah cakap, tapi saya banyak baca kisah-kisah mereka! Saya pula, mengambil masa satu tahun untuk benar-benar buat income. Dan mengambil masa 4 tahun mengkaji bidang ini dan melalui 1001 halangan dan ujian… Dr Irfan gagal di tahun pertamanya. Shuth wangcyber mengambil masa 6 bulan untuk mengkaji bidang ini.. Anda pula bagaimana? Nak berjaya dalam masa 5 hari?

Tepuk dada, tanyalah iman. Be yourself..

Wassalam & good luck!

PS. Saya adalah saya, anda adalah anda. :)

PPS. I’m not the expert, but some of the methods are suitables for me, but not for you, maybe… ;) –> Biarlah salah grammar, janji ada usaha nak menulis dalam bi, hehe..

PPPS. Anda mesti membaca satu ebook atau sekurangnya artikel mengenai “Fail Fast As Possible..”. Nak tahu apa tu? Cari di google.. :)

No comments:

Post a Comment