Saturday, December 25, 2010

Masih Ramai Lagi Yang Tak Tau Tektik Pengiklanan Yang Berkesan

Eermmm... Malas nak terangkan sebenar nya nie..Tapi atas permintaan ramai saya terangkan la juga... Sebelom saya terangkan apa tektik pengiklanan yang berkesan, biarkan saya terangkan dulu apa itu pengiklanan.Pengiklanan merupakan salah satu cara mempromosikan laman web bagi tujuan mendapatkan trafik atau pun pelawat, sama ada untuk tujuan menambahkan bilangan pelawat atau tujuan menukarkan pelawat tersebut kepada menjadi seorang pembeli. Di dalam usaha menarik pengguna internet untuk klik banner iklan kita, maka kita perlu tahu apakah ciri-ciri atau kriteria penting yang perlu ada pada satu-satu banner. Ini adalah amat penting agar bayaran yang dikeluarkan untuk iklan banner tersebut berbaloi dan memberikan kesan yang diinginkan iaitu menambahkan keuntungan jualan produk anda di laman web.
Terdapat dua faktor utama yang perlu diketahui di dalam melakukan pengiklanan banner iaitu:
1. Rekabentuk (design) banner itu sendiri
2. Tempat mengiklan banner
Boleh dikatakan ramai yang mengabaikan kedua-dua aspek utama ini terutama aspek yang kedua. Selain itu, satu perkara yang membezakan seorang usahawan yang serius di dalam aktiviti promosi laman webnya dengan yang tidak serius adalah, mereka tahu aspek-aspek atau 'pengiraan' penting terhadap promosi iklan banner mereka. Mereka bukan hanya membayar dan kemudian 'membiarkan' sahaja banner tersebut di situ dengan harapan, ramai yang akan klik. Di dalam penerangan ringkas ini, saya akan menyentuh mengenai beberapa perkara penting seperti rekabentuk banner, tempat mengiklan dan pengiraan asas bagi kempen pengiklanan menggunakan banner. Selain itu, saya akan menerangkan asas-asas dan juga beberapa istilah penting bagi pengiklanan banner.
Asas Pengiklanan Banner
Beberapa perkara penting yang perlu anda tahu di dalam pengiklanan banner adalah istilah-istilah yang berkaitan serta pengiraan asas untuk melihat keberkesanan iklan tersebut terhadap promosi jualan produk anda. Pengiraanya??? Anda jangan risau, ia bukanlah pengiraan matematik yang susah pon, pengiraan budak darjah satu jer kot. Dan lebih memudahkan, kadang-kadang anda tidak perlu pun mengira kerana sesetengah sistem pengiklanan telah membuat pengiraan untuk anda. Dan di ruang pengiklanan smartusaha.com, anda diberikan akaun percuma untuk melihat statistik bagi pengiklanan banner anda di sistem yang digunakan.
Antara istilah yang asas adalah seperti:
CPM – Cost Per 1000 Impression / Views. Huruf M pada CPM mewakili perkataan 'mille' yang diambil daripada bahasa Latin yang membawa maksud “one-thousand”. Ia bermaksud, berapakah bayaran untuk setiap 1000 kali paparan banner. Untuk mengira CPM, mudah sahaja dengan menggunakan formula ini:
CPM = (Kos Bayaran x 1000) / Bilangan Impression
Sebagai contoh, katakan saya membuka ruang iklan banner dengan kadar RM15 untuk 15,000 impression. Maka, untuk 1000 impression, anda perlu membayar sebanyak RM1.00 (inilah nilai CPM) iaitu RM1.00 untuk 1000 paparan (impression):
CPM = (15 x 1000) / 15000
CPM = RM1.00

Sebagai Praktis: Jika CPM adalah RM15 untuk 1000 kali paparan, berapakah kos yang perlu anda bayar untuk 15,000 kali paparan (impression)?
Impression – Berapa kali banner anda akan dipaparkan pada laman web tersebut. Biasanya, iklan jenis banner menggunakan konsep rotate iaitu bergilir-gilir dengan banner-banner yang lain untuk dipaparkan di ruang iklan banner tersebut.
CTR – Click Through Rate atau disebut juga Click Through Ratio. Inilah satu perkara yang perlu dan amat wajib anda tahu kerana dengan melihat nilai ini sahaja, ia sudah dapat menyatakan tahap keberkesanan pengiklanan banner tersebut. CTR adalah peratusan klik pada banner anda daripada jumlah paparan keseluruhan. Atau, daripada 100 paparan, berapakah yang akan klik pada banner anda. Bagaimana
cara mengira CTR? Mudah sahaja, iaitu bahagikan bilangan klik yang telah dilakukan pada banner anda dengan jumlah impression di ruang iklan tersebut. Sebagai contoh, katakan anda menggunakan satu ruang iklan banner untuk 10,000 views atau impression. Habis sahaja bilangan impression tersebut atau promosi melalui banner itu telah tamat, anda dapati sebanyak 2500 klik telah terhasil.
Maka, CTR bagi iklan banner itu adalah:
CTR = (2500/10,000) X 100 = 25%
Jika dinyatakan dalam bentuk nisbah (ratio), ia berbentuk begini: 10000:2500 iaitu dari 10,000 paparan, 2500 orang akan klik. Jika dikecilkan nilainya iaitu 10,000 bahagi 2500, maka hasilnya adalah 4. Bermaksud, daripada 4 orang pelawat, 1 orang akan klik (4:1). Atau, untuk lebih mudah menilai erti CTR, 25% membawa maksud, daripada 100 orang, 25 orang akan klik banner iklan anda tersebut.
Anda pasti bertanya, apakah nilai CTR yang terbaik? Soalan ini perlu ditujukan kepada diri anda sendiri. Jika kali ini nilai CTR bagi iklan banner anda adalah 25%, maka sudah pasti yang terbaik bagi anda adalah tingkatkan nilai CTR tersebut! Semakin tinggi CTR, bermaksud semakin berkesan pengiklanan anda melalui banner itu. Semakin naik CTR, semakin ramai (trafik) yang akan ke laman web anda.
Bermaksud, semakin tinggi CTR bermakna semakin ramai yang klik pada iklan banner anda itu. Kadar CTR ini boleh ditingkatkan dengan dua faktor yang saya katakan sebelum ini iaitu rekabentuk banner dan juga tempat anda meletak iklan banner tersebut.
Di dalam Penerangan ini, saya akan terangkan tip dan trik untuk meningkatkan CTR bagi iklan banner anda.
Bilangan Klik – Semua sudah sedia maklum, bilangan klik bagi banner bermaksud berapakah jumlah klik yang telah dilakukan pada banner tersebut di ruang iklan tersebut. Bagaimana untuk mengetahui bilangan klik pada banner anda? Di sinilah pentingnya anda atau pihak penyedia ruang iklan menyedia sistem tracking untuk iklan banner tersebut. Ruang iklan di blog smartusaha menggunakan sistem sebegini yang mana pengiklan boleh melihat bilangan klik serta melihat statistik yang tertentu. Hebatnya, mereka tidak perlu mengira sendiri nilai CTR kerana sistem akan mengirakan untuk mereka. Andaikata tempat anda meletak iklan banner itu tidak menyediakan sistem sebegini, anda boleh lakukannya sendiri tetapi ada beberapa kekangan atau syaratnya. Pengiraan CTR memerlukan dua nilai iaitu jumlah impression dan juga bilangan klik pada banner.
Conversion Rate (CR) – Ia bermaksud, daripada jumlah keseluruhan pelawat laman web jualan anda, berapa peratuskah yang bertindak untuk membeli. Katakan sehingga hari ini, jumlah pelawat keseluruhan adalah 10,000 orang dan jualan keseluruhan atau
bilangan yang membeli adalah sebanyak 200 jualan (bukan jumlah ringgit, tetapi bilangan produk yang telah dibeli – unit).
Maka, conversion rate di sini adalah sebanyak 2%. Perkiraannya adalah seperti berikut:
(200 / 10,000) X 100 = 2%
Apa kaitan CR ini dengan iklan banner? CR digunakan untuk melihat sejauh mana keberkesanan iklan banner anda dan keberkesanan mengiklan di sesuatu laman web, maka anda perlu mengira nilai CR ini. Tetapi, amat cerewet untuk menilai nilai CR jika anda melakukan promosi dengan pelbagai cara kerana sukar untuk anda track maklumat pelawat seperti dari mana mereka datang. Namun, cara yang boleh anda lakukan adalah dengan menggunakan tracking system di laman web anda untuk melihat dari manakah pembeli tersebut datang. Jadi, dengan merujuk kepada sistem itu, anda dapat tahu berapa ramai pelawat yang datang dari laman web melalui iklan banner tadi dan daripada jumlah pelawat itu, berapa orangkah yang membeli.
Maka, jika ramai yang membeli itu bermakna melakukan iklan banner di laman web tersebut amat berbaloi dan anda boleh meneruskan iklan di situ. Mengapa? Kerana laman web itu mempunyai 'highly targeted-buyers' yang saya nyatakan sebelum ini serta membuktikan 'design' banner anda adalah berkesan (berjaya menarik ramai orang untuk klik pada banner dan kemudian membeli). Di dalam penerangan ini, saya tidak akan menerangkan cara untuk membuat tracking. Perkara ini, anda perlulah belajar atau merujuk mana-mana sumber.
Tip Rekabentuk Banner Yang Efektif
1. Lebihkan 'ayat' yang berkesan daripada banyak menggunakan animasi grafik.
2. Ada “Call To Action”-Banner anda mestilah diletakkan dengan ayat suruhan seperti “Klik Di Sini”, “Dapatkan Sekarang. Klik Di Sini!”, “Daftar Sekarang”, atau apa sahaja yang jelas dan mudah difahami. Ini amat penting kerana tanpa Call To Action, kita seolah-olah hanya berharap 100% kepada pelawat untuk klik, padahal kita mesti 'memaksa' mereka untuk klik.
3. Warna teks atau warna banner mestilah tidak menyakitkan mata.
4. Saiz file banner mesti rendah.
5. Teruskan mengiklan secara berulangan dengan design yang sama
6. Gunakan ayat yang “powerful” dan diperlukan sahaja- contoh nya seperti “percuma”, “hebat”, “murah”, “peluang terhad” dan lain-lain lagi.
7. Teknik perkataan yang simple and mudah difahami dan berpengaruh
8. Gunakan imej yang bersesuaian dan 'eye catching'
9. Kombinasi yang baik
10. Hadkan penggunaan jenis huruf (font)
11. Animasi yang tidak begitu laju
Di mana Tempat Pengiklanan Yang Sesuai dan Efektif?
1. Highly Targeted-Buyers / Traffics
2. Ruang Iklan Banner Tidak “Over-Sell”
3. Iklan di laman web iklan
4. Iklan di laman web yang ada 'kandungan'
5. Iklankan di laman web atau blog yang ramai pelawat
Kedudukan Banner yang Efektif
Semasa menentukan lokasi atau kedudukan banner yang berkesan, anda pilihlah bahagian atau spot (ruang) yang sentiasa menjadi tumpuan biasa mata pelawat laman web atau blog. Contohnya ruang paling atas (top), di bahagian sidebar (tepi) bahagian atas dan juga di akhir artikel laman web tersebut.
Langkah Bijak Pengiklanan Banner!!!
Jika anda tidak tahu merekabentuk iklan banner sendiri, tidak usahlah menyusahkan diri sendiri. Serahkan segalanya kepada yang PAKAR.
Saya adalah 'designer' yang boleh membantu anda menyediakan banner dan menyediakan perkhidmatan design lain seperti minisite, ecover, header, menu, footer dan banyak lagi. Anda hanya beri perhatian kandungan website/surat jualan anda, saya hasilkan grafik yang berkualiti bagi mewarnai kandungan tersebut yang anda mahukan dengan kadar kos yang amat berpatutan.

No comments:

Post a Comment