Saturday, December 25, 2010

Teknik Review

Teknik Review adalah salah satu teknik-teknik berkesan untuk mempromosi produk korang dalam Pemasaran Online. Teknik promosi yang paling efektif aku gunakan adalah dengan menggunakan teknik review produk di dalam blog aku. Teknik ini amat berkesan untuk membantu prospek memahami akan ciri-ciri produk korang dan juga kebaikannya. Beberapa langkah awal yang sepatutnya korang ambil tahu:-
1. Create Produk korang terlebih dahulu orang putih kata 'create your own business'
Before korang  memulakan review kat blog korang, korang perlu dapatkan produk yang korang ingin promosikan terlebih dahulu. Ini amat penting dilakukan supaya korang dapat memberi review yang sejujur-jujurnya dan ikhlas berkenaan produk yang ingin dipromosikan. The best choice is aku suggestkan korang beli produk terlebih dahulu kalau xde produk sendiri lol... Dengan mendapatkan produk terlebih dahulu, prospek akan ketahui bahawa korang juga telah memiliki produk berkualiti yang ingin dipromosikan pada mereka. Mereka akan tahu akan kejujuran dah kesahihan produk korang tu, di mana korang tidak kelihatan hanya untuk promosi semata-mata, tetapi memberikan atau mencari penyelesaian pada masalah mereka bak orang putih kata giving an option and solution not problem.
2. Kaji Produk
Selepas korang dah dapat produk korang. Kini tiba masanya untuk korang luangkan masa untuk mengkajinya. Jika produk tersebut adalah produk affiliate program dan produk tersebut adalah produk digital seperti ebook, cuba bacanya sehingga habis. Korang perlu fahaminya sedikit sebanyak. Jika kurang faham, sila ulang membacanya. Klau aku, aku akan membacanya lebihdari sekali sampai aku faham dengan sebaik yang mungkin. Dari sini aku akan tahu samada produk tersebut sesuai dipromosikan atau tidak. Jika ianya berkualiti, dan dapat menyelesaikan masalah orang ramai ianya memang suatu produk yang dinanti-nantikan tapi kalau korang dah ade produk sendiri xyah la nak kaji2..sendiri buat sendri faham ler..
3. Buat catatan ciri-ciri dan kelebihan/kekurangan produk- Perbandingan
Bagi setiap ciri-ciri ataupun kandungan produk yang korang kaji, sila catatkannya dalam nota ringkas. Klau aku, aku akan tuliskannya dalam buku nota. Contohnya klau aku kaji produk digital seperti ebook, aku akan catatkannya mengikut susunan bab. Aku akan nyatakan apakah isi utama bab tesebut dan juga aku akan nyatakan apakah kebaikan bab tersebut kepada prospek dan ianya sudah pasti mengenai kebaikan yang dapat menyelesaikan masalah prospek. Jika ada kekurangan berkenaan produk, aku perlu nyatakannya secara jujur. Cuba lihat pada sales letter (surat jualan produk) samada apa yang dinyatakan sama seperti yang dinyatakan dalam ebook tersebut atau tak. Pastikan apa yang dinyatakan pada sales letter memang wujud dalam/pada produk tersebut. Jika ianya tidak seperti yang dinyatakan sales letter, sila catatkannya. Korang perlu berlaku jujur semasa membuat review nanti. Ini amat penting untuk meningkatkan kepercayaan pembaca terhadap review yang diberikan oleh korang(produk beli).Untuk Perbandingan pula, buat perbandingan produk korang ngn produk-produk lain. Highlightkan kelebihan produk korang contoh nya dengan ayat 'FREE'. Buat satu kelainan pada produk korang dan jangan sampai sama ngn produk-produk lain(utk produk sendiri).

4. Mula menulis review
Untuk memastikan susanan ayat korang betul semasa menaip review sebenar di blog, baut dulu kat Microsoft Word. Ini bertujuan bagi mengelakkan kesilapan semasa menaip review sebenar di blog bak orang putih kata avoid from mistake. Mulakan dengan sedikit kata-kata aluan, diteruskan dengan pengenalan produk dan seterusnya kelebihan/kekurangan produk, bonus tambahan contoh nya free, jaminan dan juga ayat tindakan (call action) untuk prospek mendapatkan produk korang tersebut. Terangkan sejujur-jujurnya berkenaan produk yang ingin korang promosikan. Jangan sesekali menipu prospek. Prospek dapat menilai akan kejujuran dan keikhlasan dari review korang tu. So, jangan mengkhianati kepercayaan prospek korang kerana sekali korang melakukannya, sampai bila-bila pun korang tidak dipercayai lagi. After finished your writing, please semak dan bacanya lebih dari sekali. Jika korang rasa berpuas hati, korang boleh mula retype ke dalam blog korang. Ala senang jer zaman cyber nie.dah penat tulis kat Mic.Word wat per nak type lg kat blog, just Select All-Copy-Paste. Siap!! then edit sikit2 lau ade alignment yang lari.
5. Letakkan gambar
Pakar Presentation ada berkata 'Picture is what around you','Picture is You' and 'Picture as whats are in your minds' So, picture represents thousand of words. Jadi, korang perlulah letakkan gambar2 yang berkenaan dengan produk korang dalam blog korang,gambar penjual dan lain-lain. Dengan pengisian gambar dalam review ini, ianya dapat membantu prospek untuk lebih mengenali produk yang dipromosikan. Biasanya orang lebih suka melihat gambar berbanding perkataan. So, gunakan lah peluang ini sebaiknya. Jika dalam review tersebut  korang menawarkan bonus eperti free untuk pembeli, sila isikan gambar bonus tersebut. Tidak kira imej nyata mahupun maya. Itulah yang korang perlu tahu dalam membuat review produk affiliate dalam blog korang ataupon untuk produk korang sendiri. Gambar sebenarnya memberi impak dan pengaruh besar dalam dunia pemasaran selain audio dan visual. tak percaya bacalah sejarah penyiaran.
*Aku harap korang faham la ape yang aku celoteh kan ni.hehehe..
* For more tips, dapatkan e-book aku tentang "Teknik-Teknik Pemasaran Online Berkesan"..hehehe

No comments:

Post a Comment