Saturday, December 25, 2010

Bagaimana menggunakan Google Adwords

 
 Disini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan dengan anda tentang google adwords. Untuk makluman anda, salah satu punca pendapatan utama google ialah melalui program adwords. Adwords merupakan servis pengiklanan yang berkonsepkan "Pay Per Click". Berlawanan dengan google adsense, Google adwords ialah dimana pihak pengiklan ataupun anda akan membayar pihak google untuk iklan/laman web anda dipaparkan pada enjin carian google. Pihak google hanya akan mengenakan bayaran sekiranya iklan/kempen anda di klik oleh pelawat. Iklan/kempen anda akan dipaparkan oleh google pada "sponsored links" iaitu pada sebelah kanan dimuka depan google bergantung kepada keyword yang anda gunakan. Selain dari itu, Iklan anda juga akan dipaparkan pada laman web atau blog lain yang telah mendaftar dengan adsense.

Kadar bayaran yang dikenakan oleh google adalah berbeza bergantung kepada keyword yang digunakan oleh anda/pengiklan. Anda tidak perlu risau tentang kadar bayaran kerana, adwords memberi anda pilihan untuk menetapkan budjet harian anda. Anda yang menentukan berapa budjet yang akan atau sanggup anda keluarkan. Contohnya, anda boleh menetapkan budjet Rm20 untuk kempen iklan tersebut dipaparkan sehari ataupun seminggu bergantung kepada anda. Jadi, pihak google hanya akan menelan duit anda setakat budjet yang anda setkan pada akaun adwords anda kelak. Anda boleh menetapkan budjet yang berbeza sekiranya iklan anda lebih dari satu. Bagi mereka yang baru atau pertama kali mendaftar dengan akaun Adwords, anda hanya akan dikenakan USD5 iaitu yuran pengaktifan (one-time activation fee).

Kelebihan pada program google adwords ini ialah anda boleh mendapatkan trafik atau pelawat dengan pantas. Anda juga boleh menentukan negara untuk iklan anda dipaparkan contoh sekiranya anda ingin mempromosikan sesuatu produk yang mempunyai permintaan yang tinggi di United States, maka anda boleh setkan pada akaun adwords anda supaya iklan tersebut hanya dipaparkan oleh google hanya di US sahaja. Tidak seperti di organik listing dimana anda perlukan kemahiran mengenai SEO untuk mencecah page depan google malahan dan juga perlukan masa dan teknik yang betul bagi memastikan laman web anda berada pada senarai hadapan di carian google. Dengan adwords, Iklan atau laman web anda terus akan dipaparkan pada muka depan google. Harus di ingat, tidak semuanya akan dipaparkan dimuka depan google sekiranya persaingan untuk keyword yang digunakan adalah tinggi, kemungkinan juga iklan anda berada di muka 2 atau selanjutnya. Sekiranya ini berlaku, anda perlu menaikkan kadar harga bagi setiap klik untuk iklan anda tersebut.

Pihak google juga menilai iklan anda berdasarkan "quality score". Faktor utama untuk mendapatkan "quality score" yang baik ialah "click through rate" ataupun "click through ratio". "click to rate" bermaksud jumlah klik yang dilakukan oleh pelawat untuk setiap jumlah paparan (page impressions) bagi iklan tersebut. Contohnya, iklan anda dipaparkan 1000 kali dan menerima 200 klik dari pelawat maka nilai "click through rate" adalah 20%. Click through rate yang tinggi akan memberi kelebihan kepada iklan anda dari segi kedudukan dan harga. Landing page anda juga harus relevan dengan iklan anda. Google akan menyukai iklan anda sekiranya ianya mempunyai landing page yang relevan. Sekiranya semua faktor yang disebutkan tadi diambil kira dengan baik, "quality score" untuk iklan anda akan meningkat dan kos untuk iklan anda akan menurun.

Program google adwords adalah salah satu alternatif untuk mendapatkan trafik dengan pantas ke blog atau laman web anda. Ianya merupakan salah satu kaedah bagi meningkatkan jualan affiliate bagi sesuatu produk yang ingin anda promosikan. Ramai yang berjaya melakukan jualan dengan kaedah adwords ini. Oleh kerana ianya melibatkan modal saya nasihatkan anda supaya melakukannya dengan budjet yang rendah dahulu. Sekiranya hasil amat memberansangkan anda bolehlah menaikkan budjet anda kelak. Untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai Google Adwords ini anda bolehlah ke laman Adwords Beginner's Guide yang disediakan oleh pihak google.

No comments:

Post a Comment