Saturday, December 25, 2010

Tips sebelum menjalankan Perniagaan Internet

004_21
Jam 3.30 pagi, Tiba-tiba terasa nak meng'post pulak dalam blog ni.. "mm.. Sangat susah la, tak nak teruskan, Macam mana nak mulakan Perniagaan Internet ni?".. kerap kali juga dengar mereka-mereka cakap macam tu.Baiklah, hari ni saya cuba berkongsi sesuatu supaya anda dapat tips2 yang berguna. Tanya diri sendiri kenapa? bagaimana?  Apa? dan bila  anda mahu mulakan Perniagaan Internet anda sendiri.
Tip mudah yang pertama:
Anda perlu tahu tujuan anda mulakan Ebiz ni. kenapa anda mahu menjalankan Perniagaan Internet? Sahabat, tanya diri anda kenapa anda mahu mulakan perniagaan online anda sendiri? kalau keran hanya mahu mencuba, di sini saya nasihatkan lebih baik anda lupakan sahaja hasrat murni anda tersebut. Apa yang sy nak tekankan di sini sekiranya kita hanya mahu mencuba amatlah sia-sia sahaja . Sudah ramai yang masih gagal kerana tidak tahu tujuan asal mereka melakukan perniagaan online. mereka hanya mencuba tanpa berusaha bersungguh-sungguh. Memang benar, dalam perniagaan online kita tidak perlu risau tentang masa.  Hanya duduk depan PC, laptop dan Iphone (eh boleh ke?) 2 atau 3 jam sehari. Bukan seperti bekerja 8 jam sehari. Itu belum memadai tanpa usaha yang gigih.
Pastikan anda mempunyai sebab yang kukuh untuk ber E-biz. Pasangkan azam dan semangat yg semaksima kuat. Jangan mudah terikut-ikut dan hanyut dengan janji-janji manis. Insyaallah akan berjaya.
Tip mudah yang kedua:
Bagaimana nak mulakan Perniagaan Internet? sekiranya anda masih baru dan tidak paham lagi konsep Perniagaan Internet sebenar, sy sarankan belajar.. belajar dan belajarlah sehingga anda mampu buat duit dari internet... bak kata pepatah "tuntut lah ilmu sampai ke negeri China" walhal bkn China je boleh, Biz itu global. Di mana-mana sahaja pun boleh asalkan ada azam dan kesungguhan yg 'SUPEERB'.
Ramai otai-otai IM yg sudi membantu anda. Panduan-panduan berbisnes. pilih sahaja yg berkualiti dan dirasakan bagus . Just take it or leave it.. hehe.. Amatlah sukar memulakan sesuatu yg baru tanpa tnjuk ajar dr orang2 yg berpengalaman. Sy faham kerana sy juga begitu ketika dahulu.
Tip mudah yang ketiga:
Baca betul-betul dan fahamkan. Take note dan praktikkan nanti ye.. Tanya diri anda.. "Hey kawan bila mau mula?" soalan penting, bila anda hendak mulakan Perniagaan Internet anda? hari ini? besok? atau pun mungkin tak tahu lagi? Sahabat.. sangatlah sedih dan rugi sekiranya ada minat tetapi tak tahu untuk bermula. Fikirkanlah.. Lakukan langkah awal dan yakin akan kebolehan diri sendiri. Bacalah panduan-panduan berkenaan Perniagaan Internet, hadiri seminar (lebih baik), perbanyakkanlah ilmu, jalinkan hubungan akrab dengan orang yg berpengalaman.
Kalau semuanya ok bolehlah anda mulakan bisnes anda. Tak guna juga kalau sudah bnyak ebook yang dibaca, banyak seminar yg dihadiri tapi masih tidak mahu lagi mengambil langkah pertama.
Tip mudah yang keempat:
"Anda nak berniaga apa di internet? fizikal or digital? Nak niaga apa ye, semua dah ada orang buat" sahabat, jika itulah yg anda fikirkan bermakna samapi bila-bila pn anda masih jadi diri anda yg "zero". Kenapa sy ckp begitu? cuba bandingkan seseorang yg mempunyai ilmu dalam perniagaan internet tapi masih tak tahu berbuat apa dengan orang yg tak tahu apa-apa langsung. Sama sahaja. Dan mungkin kelebihan hanya ada pada ilmu sahaja. Jangan kerana hanya 'takut untuk bersaing secara sihat' ni anda give up. Kawan.. adatlah orang berniaga, pasti ada persaingan..
Contoh yg sy boleh bagi di sini, pernah tak anda lihat Ebook yg menceritakan mengenai Adsense? berapa ramai penulis ebook tersebut? mungkin bearatus ntah lebih... Kenapa mereka masih keluarkan Ebook dalam niche yg sama sedangkan mereka tahu sudah berlambak dah ebook sebegitu?
Jangan berniaga kalau takut persaingan!
Tak ada idea nk jual apa di Internet?
Baiklah, saya berikan beberapa contoh ringkas:
1.0) Sekiranya anda mempunyai perniagaan Offline, buatlah perniagaan anda tu secara online. Gunakan produk yang anda jual tu untuk mulakan bisnes online anda. Contohnya anda meniaga baju secara offline, apakata ubah sedikit dengan menjualnya secara online juga.  Anda tak rugi apa-apa pun. Hanya setakat keluarkan modal kecik untuk membeli Domain dan Hosting  sahaja. Pastikan anda ada asas sebelum membeli domain dan hosting, fahami faktor terbaik dalam pemilihan nama domain dan hosting supaya tidak menjadi masalah kelak.
2.0) Jual produk yg berasaskan kemahiran kita atau pun kesukaan kita. Sebagai contoh mudah di sini, anda mempunyai kemahiran mengecat rumah. Anda boleh mencipta produk pertama anda berdasarkan kemahiran mengecat rumah. Buat E-book "panduan pemilihan warna cat rumah" (contoh saja), atau pun buatkan video "cara mengecat rumah yg senang" atau "rahsia seorang tukang cat buat duit'. Macam-macam produk yg boleh anda cipta.
Dan lagi, katakan anda suka 'tidur', anda boleh hasilkan produk dari 'tidur' tu juga.. hehe.. Contoh "tips tidur dengan lena" , "101 sebab kenapa sukar tidur nyenyak" nahh.. banyak idea sebenarnye kalau anda berfikir.
Kesimpulan:
Andai kata anda mempunyai semangat yg berkobar-kobar ingin memulakan perniagaan internet, sy sgt2 tegaskan.. Pasangkan azam dan tekad yg tinggi untuk berjaya, jangan lakukan hanya sekerat jalan kerana itu terdiri daripada orang yang gagal. Mulakan langkah pertama anda belajar.. belajar.. dan belajarlah..
ok lah, panjang lebar post ni. hehe... nantikan post terkini dari sy lagi nanti.
Dapatkan Bonus Panduan Asas Buat Duit Di internet - PERCUMA
Name
Email



No comments:

Post a Comment